Alu-aluan Ketua Jabatan

 

Ketua Jabatan :Dr. Hjh. Azizah Sarkowi

Assalamualaikum w.b.t…

Jabatan Ilmu Pendidikan telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kursus-kursus pembangunan profesionalisme yang merentasi pelbagai disiplin ilmu. Kursus-kursus yang dikendalikan oleh jabatan ini bertujuan untuk melengkapkan guru pelatih dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai profesionalisme keguruan. Program-program yang dilaksanakan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan ialah Program PPISMP, PISMP, DPLI dan SABK. Jabatan ini sentiasa komited dan berusaha dalam membangunkan modal insan untuk merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.