Maklumat Jabatan

Pengenalan

Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP) merupakan jabatan yang mengendalikan kursus pengajian profesional bagi semua program yang ditawarkan oleh IPG Kampus Darulaman. Visi Jabatan Ilmu  Pendidikan adalah untuk melahirkan guru sekolah rendah dan guru pra sekolah yang dapat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan profesionalisme. Jabatan ini juga mempunyai misi untuk menjadi jabatan pengajian profesional yang efisien dan efektif dalam memberi pendidikan yang berkualiti bagi menepati keperluan pendidikan. Di samping itu, JIP bertanggungjawab untuk melatih dan melahirkan modal insan guru yang berkemahiran dan kompeten serta mampu menangani cabaran pendidikan abad ke-21.

 
Visi
  • Melahirkan guru sekolah rendah dan guru pra sekolah yang dapat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan profesionalisme.
Misi
  • Menjadi jabatan pengajian professional yang efisien dan efektif dalam memberi pendidikan yang berkualiti bagi menepati keperluan pendidikan.
  • Melatih dan melahirkan insan guru yang berkemahiran dan kompeten yang mampu menangani cabaran abad ke-21.
  • Menyediakan ruang kerja yang kondusif dan suasana pembelajaran yang efektif bagi melaksanakan proses kerja dalam memenuhi keperluan pelanggan.

Fungsi Jabatan

  • Merancang pelan strategik jabatan dan melaksanakannya untuk
    meningkatkan profesionalisme, kepakaran dan kualiti pengajaran
    pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan dari semasa ke semasa.
  • Memastikan semua pensyarah di Jabatan Ilmu Pendidikan melaksanakan
    proses pengajaran dan pembelajaran mengikut Ringkasan Maklumat
    Kursus yang ditetapkan bagi kursus-kursus pengajian profesional yang
    ditawarkan oleh jabatan ini.
  • Mengurus dan memantau sebuah prasekolah Kementerian Pendidikan
    Malaysia (KPM) sebagai makmal untuk bakal guru menjalani latihan
    pengajaran mikro (Teaching School).
  • Mengurus pelaksanaan kursus-kursus peningkatan profesionalisme
    untuk peserta-peserta kursus separuh masa anjuran KPM.
  • Merancang dan melaksanakan penyelidikan pendidikan dan inovasi
    berkaitan dengan bidang disiplin ilmu yang diamalkan di Jabatan Ilmu
    Pendidikan.
  • Melahirkan modal insan guru yang kompeten dalam mempraktikkan
    ilmu pendidikan berteraskan falsafah pendidikan, pedagogi, psikologi